Monday, March 26, 2007

REKA CIPTA : TEKNOLOGI PEMBUATAN


SISTEM DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN


Teknologi Pembuatan merupakan proses yang amat penting dalam menghasilkan sesuatu produk ,dengan proses melakar rekabentuk, randering sehinggalah ke peringkat pembuatan, ianya memerlukan kepelbagaian ilmu kejuruteraan yang perlu dipraktikal dengan bantuan sistem-sistem sedia ada. Antara sistem yang banyak digunakan ialah ;

a. Sistem Mekanikal
b. Sistem Tuas
c. Sistem Gear
d. Sistem Pneumatik
e. Sistem Elektrik
f. Sistem Hidraulik
g. Sistem Kawalan

Dalam topik ini, pelajar akan pelajar konsep am sistem yang terdapat dalam proses pembuatan

SISTEM MEKANIKAL

Sistem Mekanikal Dalam Industri Perkapalan

Sistem Mekanikal merupakan sistem yang mempunyai hubungan kait dengan pelbagai sistem yang lain seperti sistem tuas, elektrik, gear, pnuematik dan hidrauli. Sistem ini merupakan sistem sekumder yang menggerakkan keupayaan operasi. Sistem mekanikal banyak digunakan dalm sektor perkapalan, pembuatan, perindustrian dan kejuruteraan. Kelebihan sistem ini ianya, boleh diubah perananannya berdasarkan matlamat pembikinan produk. Sistem ini juga banyak digunakan dalam kehidupan seharian, antaranya ialah gunting, basikal, brek dan sebagainya. Hukum Lengan dan penyambungan mekanikal banyak memberikan kelebihan dalam kepenggunaan sistem mekanikal.

SISTEM TUAS


Sistem Tuas

Sistem Tuas merupakan sistem paling mudah digunakan dan dipraktikkan. Sistem tuas berfungsi untuk mengangkat beban yang lebih berat dengan menggunakan tenaga yang sedikit. Sistem ini berfungsi dalam penyambungan sistem mekanikal. Tuas menggunakan gandar sebagai titik pusatnya. Dengan berkonsepkan teori fizik sistem ini memudahkan pengoperasian sesuatu angkutan itu dapat dilaksanakan.

SISTEM GEAR


Sistem Gear


Sistem gear merupakan sistem yang mempunyai kepelbagaian fungsi mengikut kepenggunaan peralatan. Sistem gear berperanan menggerakkan sistem mekanikal yang lain dan dapat digunakan untuk menjalankan mesin, enjin, jentera, omboh dan sebagainya. terdapat pelabagai jenis gear antaranya ialah:

a. Gear Serong

b. Gear Heliks

c. Gear Rak dan Pinan

d. Gear Dalam


Kesemua jenis gear ini menjalankan operasi perindustrian samada industri berat atau industri ringan. Gear banyak digunakan dalam industri pembuatan teknologi tinggi (high tech)

SISTEM PNEUMATIK


Sistem Pneumatik

Sistem Pneumatik merupakan sistem yang menggunakan udara sebagai medium utamanya. Dengan konsep Themordinamik yang mengukur keupayaan tekanan, suhu dan haba dalam memastikan pengoperasiannya. Sistem ini banyak digunakan dalam industri berat dan industri teknologi tinggi. Dalam industri ianya digunakan dalam penyelenggaraan dan pembuatan. Perkakasan yang menggunakan sistem ini antaranya ialah mesin pengimpal industri, perucuk, mesin pemotong, pum pembuka tayar dan sebagainya. Sistem ini banyak memberi manfaat kepada perkembangan perindustrian.

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Elektrik merupakan keperluan kehidupan masa kini. Setiap perkakasan elektrik memerlukan tenaga elektrik untuk memastikan pengoperasian perkakasan tersebut. Bekalan tenaga elektrik diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bekalan kuasa yang dibekalkan disetiap rumah adalah antara 220V hingga 240V. Komponen elektrik merupakan enjin yang menggerakkan pengoperasian elektrik. Komponen elektrik terbahagi kepada dua iaitu komponen aktif dan komponen pasif. Setiap komponen elektrik mempunyai fungsi yang berlainan. Antara kompenen yang sering digunakan ialah
a.Transformer
b. Perintang
c. Geganti (Relay)
d. Kapasitor
e. Diod
f. Pemasa

Sunday, March 25, 2007

SISTEM HIDRAULIK


Sistem Hidraulik

Sistem hidraulik merupakan satu sistem yang amat penting dalam sektor teknologi pembuatan. Dalam dunia perindustrian, sistem hidraulik banyak digunakan untuk proses pembuatan, penyelenggaraan dan pembaikan. Sistem ini merupakan nadi kepada penghasilan produk industri khususnya dalam bidang kejuruteraan. Selain dari itu sistem ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Antara peralatan yang menggunakan sistem hidraulik seperti pam hidraulik, mesin pengimpal, jentera pengangkut, kren, jentolak, brek kereta, jek kereta dan sebagainya. Medium utama sistem hidraulik ialah cecair hidraulik atau minyak hidraulik. Sistem ini mempunyai kekuatan keupayaan dalam menanggung beban sesuatu bahan. Teori Termodinamik yang berkonsepkan Prinsip Tekanan diaplikasikan dalam pengoperasian peralatan yang menggunakan sistem ini. Apabila tekanan diberikan melalui 'air pump' maka peningkatan suhu dan haba terhadap cecair atau minyak hidraulik akan meningkat. Tekanan yang kuat ini akan menyebabkan kuasa tolakan yang kuat seterusnya mampu untuk digunakan bagi mengangkat atau menganggung beban yang banyak.